Tabung Pembinaan Masjid Putra Heights

Terbaru Di Putra Avenue

Keputusan Semakan ke Tingkatan Enam sesi 2011/2012


Disini terdapat pemberitahuan mengenai keputusan semakan ke Tingkatan Enam sesi 2011/2012.Dimaklumkan bahawa keputusan sudah boleh disemak mulai hari ini 2 April 2011 dan semakan  boleh dibuat melalui dua cara iaitu:-
Cara Semakan Ke Tingkatan Enam
  1. Melalui laman web KPM
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.
Rayuan Ke Tingkatan Enam
Rayuan boleh dibuat ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui pengetua sekolah asal menggunakan borang T6BKK
Pertukaran Kursus Dan Sekolah
Pertukaran kursus atau jurusan hanya boleh dibuat melalui permohonan yang dikemukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri melalui Pengetua Sekolah.
Bagi pertukaran sekolah dalam negeri,Jabatan Pelajar Negeri akan memutuskan sama ada boleh membuat pertukaran sekolah atau tidak.Bagi pertukaran sekolah berlainan negeri,anda perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah yang telah ditetapkan dan kemudian perlu membuat permohonan pertukaran sekolah melalui Pengetua Sekolah.
PLKN dan Matrikulasi
Bagi yang sedang mengikuti PLKN dan telah mendapat tawaran ke tingkatan 6,anda perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditetapkan untuk pendaftaran lewat selepas tamatnya PLKN.
Bagi yang telah ditawarkan ke Matrikulasi,permohonan ke tingkatan enam tidak akan ditawarkan.Sekiranya anda menolak tawaran ke matrikulasi dan ingin memasuki ke tingkatan enam,anda perlu membuat permohonan semula.
Bagi yang berjaya,aku ucapkan tahniah dan ambillah peluang ini untuk membetulkan kesilapan dan kegagalan semasa SPM dulu =)

4 Responses to "Keputusan Semakan ke Tingkatan Enam sesi 2011/2012"

  1. welcome, more sharing coming soon

    ReplyDelete
  2. macam mana nak tukar sekolah dlam negeri? perlu dapat kebenaran dari pegetua sekolah yg ditempatkan atau sekolah semasa ambil SPM ?

    ReplyDelete
  3. I thought we no longer need to pay any extra schooling fees in Malaysia.

    I got a shock when SMK SERI MUTIARA JALAN 31/119, TAMAN TAYNTON VIEW CHERAS
    asking me to pay RM201 for the year 2012.

    Are there anyone else having the same shock?

    ReplyDelete

Kalau korang suka post ni, tunjukkan sokongan korang dengan beri sedikit komen, cadangan dan idea kepada pembaca blog ni, tq :)