Kereta Proton Baru 2014

Terbaru Di Putra Avenue

Cara selesaikan e-batal JPJ di Padang Jawa & Tip jimat rm2

e-batal JPJ

3/1/2011 aku pergi JPJ Padang Jawa, nak menyelesaikan e-batal untuk keret aku ni ( yahoo sebab dah habis bayar beb ). E-batal ni maknaya JPJ akan cop untuk hapuskan ‘ hak milik di tuntut’ yang ada kat geran kereta kita tu.

Cara ke JPJ Padang Jawa ikut seksyen 7
Aku pegi ikut seksyen 7 Shah Alam, main redah je sebab aku tak tahu JPJ Padang Jawa kat mana. Ikut Federal Highway pun boleh, tapi aku lagi le tak biasa. Kalau ikut seksyen 7, lalu pintu belakang UITM Shah Alam, pergi ke depan lagi, ke kiri masuk Federal Highway ( jangan masuk sini ), pergi terus jumpa trafik light, terus lagi, trafik light lagi, terus. Kemudian ko akan nampak signboard JPJ belah kanan, jadi kena belok kanan.

Macam mana nak jimat parking rm2
Aku nak bagi satu tip sini yang boleh menjimatkan rm2 untuk bayar parking. Bila korang dah belok kanan, korang akan jumpa satu kawasan parking JPJ tapi di uruskan oleh swasta, 2 jam pertama bayar rm2. Jika korang terus lagi ( jangan masuk parking ni ), korang akan jumpa satu lagi parking JPJ, yang ini free dan lebih dekat dengan bangunan JPJ. Jadi korang masuk parking kat sini. Jimat le rm2 tu.

Pintu 4 JPJ Padang Jawa
Untuk e-batal JPJ, free je, korang terus pergi ke Pintu 4 bangunan JPJ Padang Jawa tu, tak perlu ambil nombor, terus beratur depan kaunter. Prosesnya sekejap je, JPJ akan cop dekat geran kereta korang tu ( hanya geran kereta sahaja di perlukan ) selepas JPJ periksa dalam system dia korang dah habis bayar. Korang tak perlu minta salinan e-batal dari bank nanti kena charge rm10 sebab surat ni JPJ tak minta tengok pun.

Lepak seksyen 7
Selepas tu settle le e-batal tu dan korang boleh le makan-makan kat seksyen 7 tu sambil tengok-tengok perabot kat situ.

Adakah artikel ni bermakna?

6 Responses to "Cara selesaikan e-batal JPJ di Padang Jawa & Tip jimat rm2"

  1. wow.. sungguh bermakna.. tqvm

    ReplyDelete
  2. Bermakna derr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putra Avenue5/14/14, 6:12 PM

      terima kasih.

      Delete
  3. memang bagus bro... baru balik JPJ Pdg Jawa... aku ikut arahan di sini 100%, memang tepat dan mudah sekali untuk batalkan hakmilik Bank kat geran aku... well done bro, maklumat ko memang baguihhh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putra Avenue5/14/14, 6:13 PM

      perghh, ni bagi motivasi saya untuk tulis artikel yg best.

      Delete
  4. Terbaik.. Bab parking tu paling aku suka der.. Youre the man lahh.. Teruskan berkarya! well done..

    ReplyDelete