Tabung Pembinaan Masjid Putra Heights

Terbaru Di Putra Avenue

Peristiwa lucu di restoran Anwar Maju Putra Heights

Minggu lepas aku singgah Restoran Anwar Maju kat seksyen 7 Putra Heights, lepas balik kerja singgah jap nak beli makanan. Aku order mee bandung ( ni kesukaan akt kat Restoran Anwar Maju Putra Heights ). Dalam 20 minit siap le makanan aku merangkap makanan malam le ni.

Balik rumah. mandi-manda dan selesaikan apa yang patut, ready utk makan. Buka le bungkusan mee bandung tu letak dalam mangkuk. Aku cedok le dengan sudu, tapi tak pulak mee dalam mangkuk tuh. Hairan jugak le aku kan, camne mee bandung takde mee ni.

Cari-cari dalam mangkuk ni, memang takde mee. Mamak tu lupa bagi mee kat aku, dia bagi kuah mee bandung je. Aku pun dengan perasaan yg nak marah ni pegi le Restoran Anwar Maju Putra Heights ( 2 km je dari rumah ), ingat nak warning skit, tapi tak jadi sebab rasa cam lucu plak benda ni kan.

Takpe le, ini lah antara kisah lucu aku kat sini. Korang ada kisah lucu tak? Post skit kat komen.

7 Responses to "Peristiwa lucu di restoran Anwar Maju Putra Heights"

  1. opss. sorry bro. kadang2 waktu busy tukang masak i pun buat silap. kalau ada apa-apa complaint u boleh email kepada anwar_maju@yahoo.com.

    MUHAMMAD ANWAR

    ReplyDelete
  2. hai, alamak taukey anwar maju le. bukan saya nak memburukkan nama kedai anwar maju tu, tapi ni sebahagian daripada kehidupan kat putra heights.

    service kat anwar maju mmg mantap, cepat tgk le weekend, tak cukup meja di buatnya.

    apa pun benda2 macam ni di harap dapat di elakkan.

    ReplyDelete
  3. Muhammad Anwar1/16/11, 5:24 PM

    haha.. ya, saya faham. sebarang komen dan aduan dari customer yang kami terima adalah untuk mempertingkatkan servis kami.



    thank you

    MUHAMMAD ANWAR

    ReplyDelete
  4. minda seorang usahawan memang ada pada en. anwar, customer kan no. 1.

    saya ingat lagi, dulu ( beberapa thn lepas ) masih tak ramai customer kat anwar maju, tapi makin lama, makin ramai dan paling meletup selepas ada pasar tani kat depan restoran anwar maju, harap terus maju jaya.

    ReplyDelete
  5. muhammad anwar1/26/11, 2:25 AM

    terima kasih.

    ReplyDelete
  6. bro, yg mana satu bro ni? yg biasa ka t cashier ke?

    ReplyDelete
  7. Sorry..nak tegur sikit pasal staff anwar maju..saya slalu makan kat sana with my family..boleh dikatakan lebih 4-5 kali seminggu..cuma yang sedihnya saya salalu nampak sorang mamat india hindu ni yang potong timun, masukkan nasi or potong ayam ..yg bestnya tangan tu memang tak di basuh dulu..lepas pegang kain lap meja..kalo yg mamat muslim tu potong benda tu semua ok skit le..so di sini saya minta dengan anwar if can bagi lah staff yg muslim handle makanan (servekan nasi ke, potongkan ayam ke or potongkan timun ke) jgn lah bagi yang hindu tu...kita kan orang muslim...Terlalu kerap saya tengok...

    ReplyDelete